Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni UMBI Tahun 2022

3 Disember 2022Persatuan Alumni UMBI telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama UMBI dan juga secara dalam talian menggunakan aplikasi ZOOM. Turut hadir bersama adalah Prof. Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad (Pengarah UMBI), Dr. Chin Siok Fong (Timbalan Pengarah UMBI) dan Dr. Lee Pey Yee (Penyelaras Jaringan dan Alumni UMBI).

Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Dr. Kamariah Ibrahim, Presiden Persatuan Alumni UMBI dan diikuti dengan pengesahan minit mesyuarat lepas oleh ahli alumni. Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan berkaitan penganjuran program dan aktiviti secara bersama oleh UMBI dan ahli alumni seperti program Sambutan Ulang Tahun ke-20 UMBI pada tahun hadapan yang meliputi Hari DNA dan Hari Terbuka UMBI, 9th Regional Conference on Molecular Medicine (RCMM) dan Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun ke-20 UMBI. Di antara cadangan yang dikemukakan adalah sesi perkongsian kerjaya oleh ahli alumni daripada bidang akademik dan industri untuk Hari DNA dan Hari Terbuka UMBI, sesi perkongsian ilmu untuk Research Update Series UMBI, penganjuran Majlis Hi-Tea dan juga permohonan geran penyelidikan serta penerbitan bersama alumni.

 

Akhir sekali, Ahli Jawatankuasa Persatuan yang baharu untuk sesi 2023-2024 telah dilantik seperti berikut:

Dr. Nurul Hanis Ramzi (Presiden)

Dr. Kamariah Ibrahim (Naib Presiden)

Dr. Nor Azila Muhammad Azami (Setiausaha)

Dr. Amirah Abdul Rahman (Naib Setiausaha)

Dr. Habsah Aziz (Bendahari 1)

Dr. Ryia Illani Mohd Yunos (Bendahari 2)

Puan Yusnita Yakob (AJK)

Dr. Lim Lay Cheng (AJK)

Puan Intan Fairuz Ramli (AJK)

Dr. Rashidah C Baharudin (AJK)

Cik Shafina Nadiawati (AJK)

 

Semoga barisan kepimpinan baharu persatuan bersama semua ahli alumni dapat memberi sumbangan yang positif kepada Persatuan Alumni UMBI dan membina jaringan kerjasama yang lebih kukuh dengan UMBI pada masa akan datang.

Kami sentiasa mengalu-alukan alumni UMBI untuk menyertai Kelab Alumni kami! Sila isi borang di bawah dan jadilah sebahagian daripada keluarga kami.

Klik disini: Pendaftaran Alumni UMBI

 

Gambar : Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni UMBI Tahun 2022