Pengoperasian Semula Pusat Saringan Kesihatan UMBI (UWC)

Adalah dimaklumkan Pusat Saringan Kesihatan UMBI (UMBI Wellness Centre /UWC) akan beroperasi semula bermula 5 April 2021 (Isnin). Pusat saringan ini akan beroperasi setiap hari Isnin-Jumaat, bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Temujanji boleh dilakukan dengan menghubungi talian 1-800-88-2007 atau Whatsapp ke nombor 011-6303 6767. UWC sebelum ini telah ditutup sementara pada Mac 2020 akibat pandemik COVID-19 dan memfokus pada Ujian Saringan  COVID-19 sahaja. Kini UWC menawarkan semula pakej Ujian saringan kesihatan dengan harga berpatutan.

Maklumat lanjut, sila ke: https://www.ukm.my/umbi/wellness/