Jemputan Penyertaan bagi Projek Penyelidikan MyPrecise

Kami menjemput WARGANEGARA MALAYSIA berumur 80 tahun dan ke atas yang memenuhi kriteria untuk menyertai Projek The Malaysian Cohort di bawah subprojek MyPrecise. Peserta yang terpilih akan menjalani ujian saringan kesihatan secara PERCUMA bersama kami yang merangkumi pemeriksaan berikut:

  • Pengukuran Tekanan Darah
  • Pemeriksaan Darah (ujian glukosa, kolesterol, dan kiraan darah penuh)
  • Analisis Komposisi Badan
  • Pengukuran Indeks Jisim Tubuh (IJT), Ukurlilit Pinggang dan Pinggul
  • Analisis Ujian Darah dan Air Kencing

Mari bersama-sama menyumbang kepada kemajuan sains dan kesihatan negara! Sekiranya anda, atau ahli keluarga anda berumur 80 tahun ke atas dan berminat untuk menyertai, sila hubungi pasukan kami untuk maklumat lanjut.

๐Ÿ“ž Hubungi kami di: +60 3-9145 9110 (samb. 9103 / 9134 / 9037 / 9135 / 9124)
๐Ÿ“ง E-mel: tmcappointment@gmail.com