Perbincangan Pengumpulan Spesimen Penyakit Vaskular Di Biobank UMBI Bersama Pasukan Vaskular HCTM.

 

12 September 2023 – UMBI telah menerima lawatan daripada Pasukan Unit Vaskular Jabatan Surgeri HCTM bagi mesyuarat perbincangan pengumpulan spesimen penyakit vaskular di biobank. Perbincangan ini dihadiri oleh Ketua Unit Vaskular HCTM, Dr. Lenny Suryani binti Safri, Pakar Bedah Vaskular iaitu Dr. Kishen Raj a/l Chandra Sakaran dan Dr. Hisham Arshad bin Dr. Habeebullah Khan serta 5 pegawai perubatan termasuklah Dr. Sayidah Adila, Dr. Shafeez Shah, Dr. Iffah Ismail, Dr. Ali Zadhee dan Dr. Kaillash Kumar serta seorang penolong pegawai perubatan, Pn. Nurul Nazifa.

Mesyuarat dan lawatan ini bertujuan untuk membincangkan pengumpulan sampel penyakit vaskular HCTM dari aspek tujuan pengumpulan, penyelidikan, panduan dan etika pengumpulan serta teknikal dan logistik pengangkutan spesimen disamping dapat menjalin erat hubungan dan kerjasama penyelidikan pada masa akan datang antara Jabatan Surgeri dan UMBI.

Sejurus tamatnya mesyuarat, pelawat kemudiannya dibawa melawat Biobank UMBI sebelum sesi tamat pada jam 1 tengahari.