Pertandingan Bowling Tertutup UMBI 2022

 

17 Disember 2022 – Pertandingan Bowling Tertutup UMBI 2022 telah diadakan pada 17 Disember 2022 bertempat di Megalanes Bowling, Endah Parade pada pukul 2. 00 petang hingga 4.30 petang. Aktiviti ini telah dirasmikan oleh pengarah UMBI sendiri iaitu Profesor Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad yang mana juga telah turut serta dalam memeriahkan lagi pertandingan ini. Program ini bertujuan untuk menggalakkan aktiviti riadah dan bersukan di kalangan warga UMBI (Kakitangan dan Pelajar) bagi memupuk gaya hidup sihat di samping merapatkan lagi hubungan silaturahim. Pertandingan ini merupakan aktiviti tahunan UMBI yang mana sebelum ini dianjurkan secara tidak rasmi oleh kakitangan sejak beberapa tahun yang lepas. Pada tahun ini, aktiviti ini dicadangkan oleh pengarah supaya pelaksanaannya di bawah Jawatankuasa Kebajikan, Rekreasi dan Pameran (JKRP) UMBI.

Seramai 10 pasukan yang terdiri daripada campuran lelaki dan wanita telah bertanding di dalam pertandingan ini. Pemilihan ahli pasukan ditentukan oleh urusetia. Berikut adalah rekod pemenang bagi pertandingan ini:

 

  • Kategori Kumpulan
  • Tempat Pertama: Kumpulan 10 (Hasanah, Anis Adibah, Danial Haris, M. Hazim)
  • Tempat Kedua: Kumpulan 5 (Wahida, Fadhlina, Nurul Shuadah, Hanif)
  • Tempat Ketiga: Kumpulan 4 (Aliya Annujma, Johannes, Dr. Azila, Syafiq Shahudin, Aiman Fitri)

 

  • Kategori Individu Terbaik (jatuhan pin terbanyak)
  • Lelaki: Muhamad Syafiq Shahudin
  • Perempuan: Nurul Faeizah

 

  • Kategori Jaguh Longkang
  • Johannes Low Jun Wei

 

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan dan pelajar serta membantu melepaskan tekanan bekerja dan belajar. Malah, semua peserta bersemangat dan berseronok sepanjang program ini.  Peserta juga mencadangkan agar program santai ini dapat diteruskan di tahun akan datang.

Photo : PERTANDINGAN BOLING ANJURAN JKRP UMBI