Prof. Madya Dr. Nor Azian menyerahkan Sumbangan Amal Banjir kepada NGO – Dana Kita

11 Februari 2021. Pengarah UMBI, Prof. Madya Dr. Nor Azian menyerahkan Sumbangan Amal Banjir disampaikan kepada NGO – Dana Kita (Cikgu Fadli).

Pembuka tirai 2021 negara kita diduga dengan bencana banjir yang besar. Musibah ini telah memberi kesan sampingan kepada sebilangan besar penduduk pantai timur. Rentetan daripada itu, UMBI melalui Jawatankuasa Kebajikan, Rekreasi Dan Pameran (JKRP) telah melaksanakan satu program kutipan amal bagi meringankan beban mereka yang terkesan. Hasil kutipan dana yang dikumpul telah diserahkan kepada badan Non-Governmental Organisation (NGO) iaitu DANA KITA yang diketuai oleh Encik Mohd Fadli Salleh atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Fadli. UMBI mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua Warga UMBI yang menjayakan program ini, dengan harapan sedikit sebanyak sumbangan yang diberikan dapat mengurangkan bebanan kewangan kepada mereka yang terkesan dengan bencana ini.

                 

Facebook Link: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3904591879562378&id=100000348124684&sfnsn=mo