Program Jom Masuk UKM

Program Jom Masuk UKM yang dianjurkan oleh UKMShape, bertempat di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM telah berlangsung dengan jayanya pada 3 September 2022 yang lepas.

Pengarah UMBI, YBrs. Profesor Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad turut bersama-sama hadir di dalam program ini. Program yang julung-julung kali diadakan ini adalah bertujuan untuk mempromosikan UKM kepada masyarakat di samping menarik minat mereka yang berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi supaya memilih UKM sebagai destinasi pembelajaran mereka. Paling menarik, pemohon yang memenuhi semua syarat kemasukan juga berpeluang untuk menerima surat tawaran pada hari yang sama juga.