Program Saringan Kanser Kolorektal Komuniti PPR Sri Kota, Bandar Tun Razak

18 September 2022 – UMBI dengan kerjasama Fakulti Perubatan UKM, DBKL dan Persatuan Penduduk PPR Sri Kota, telah melaksanakan Program Saringan Kanser Kolorektal di Dewan Komuniti PPR Sri Kota Bandar Tun Razak, Cheras KL. Program bermula jam 9 pagi dan selesai pada jam 1 petang. Seramai lebih 90 orang penduduk PPR Sri Kota  telah menyertai ujian saringan kanser yang dijalankan. Program ini adalah di bawah dana penyelidikan – Projek Pemeriksaan Kanser Kolorektal Menggunakan Ujian Darah pada Najis (iFOBT) dalam Populasi Malaysia berumur 40 – 65 tahun (HiCOE-CRC) dan Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Seramai 18 kakitangan dan pelajar UMBI terlibat sebagai sukarelawan and urusetia program. Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr Azian Abd Murad, Pengarah UMBI dan diteruskan dengan taklimat kesedaran kanser oleh Prof. Madya Dr Azmawati, Pakar Perubatan Awam, Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan UKM.

Program ini merupakan program ke 2 yang dilaksana di bawah projek penyelidikan ini, dimana kali pertama ianya dilaksanakan di PPA Desa Tun Razak. Program ini juga diharap dapat menanam kesedaran kanser kolorektal, dengan mengesan tanda-tanda awal penyakit tersebut, seterusnya dapat mengurangkan beban kewangan penduduk disamping meningkatkan kualiti hidup dan kesihatan keseluruhan warga PPR.

Gambar Foto: Program Saringan Kanser Kolorektal Komuniti PPR Sri Kota, Bandar Tun Razak

Artikel berkaitan: Program Saringan Kanser Kolorektal Komuniti Bandar Tun Razak