Retreat Pelan Strategik UMBI 2025

27 Februari 2025 (Khamis) – UMBI telah menganjurkan Retreat Pelan Strategik UMBI 2025 di Cyberview Resort & Spa sebagai langkah awal merangka pelan strategik UMBI untuk tahun 2025. Retreat ini memberi fokus kepada pembentukan teras strategik baharu yang akan menjadi panduan hala tuju UMBI, merangkumi strategi utama bagi memperkukuh peranan UMBI dalam memperkasa perubatan molekul. Retreat ini juga turut merangka pelan tindakan yang praktikal bagi memastikan setiap objektif dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan terarah. Pembentangan strategi ini melibatkan skop utama UMBI iaitu Penyelidkan & Penerbitan, Penjanaan, Penyeliaan, Perkhidmatan Makmal serta Pemasaran & Imej Organisasi.

Pautan Galeri.