Sambutan Hari DNA UMBI 2021 – Kali Pertama Secara Atas Talian

Sambutan Hari DNA Sedunia merupakan acara tahunan yang dilaksanakan oleh UMBI sejak 2003. Berikutan pandemik COVID-19, pada tahun ini sambutan yang dilaksanakan pada 26 April 2021 dibuat secara atas talian menerusi aplikasi ZOOM bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Matlamat utama acara ini adalah untuk memperkenalkan peranan DNA dalam kehidupan kita dan untuk meraikan pencapaian terkini di dalam penyelidikan genom kepada para pelajar, guru dan orang awam. Seramai hampir 96 orang pelajar tingkatan 4 beserta guru pengiring telah menyertai program ini. Sekolah-sekolah yang terlibat termasuklah: SM Sains Alam Shah (20 orang), SMK Cheras (10 orang), SMK Seri Tasik (26 orang), SMAIWP (20 orang) dan Pusat Genius @ Pintar Negara (20 orang).

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti Ekstraksi DNA, Ujian Saringan Covid 19 di UMBI, Misteri Pembunuhan En. Yasin dan Kuiz. Selain itu, penyertaan bagi aktiviti pra-cabaran turut dibuka kepada semua pelajar sebelum Sambutan Hari DNA UMBI 2021 berlangsung antaranya Cabaran Eksperimen Mini, Cabaran Model DNA dan Pertandingan Poster Aplikasi DNA. Menerusi aktiviti-aktiviti ini pelbagai hadiah menarik telah ditawarkan iaitu berupa wang tunai, baucar makanan dan set kanvas beserta alat tulis kepada semua pelajar. Cabaran Mini Eksperimen dimenangi oleh Pusat Genius @ Pintar Negara (Lucidus) manakala Cabaran Model DNA dimenangi oleh SMK Cheras (Triple L) dan Pertandingan Poster Aplikasi DNA pula dimenangi oleh SM Sains Alam Shah (ResearSiS). SM Sains Alam Shah telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Sambutan Hari DNA UMBI pada kali ini. Hadiah para pemenang dan saguhati penyertaan telah dihantar kepada sekolah-sekolah terlibat pada 30 April 2021.

Laporan penuh program: https://online.fliphtml5.com/dggfy/boqc/#p=1

Gambar foto program: https://photos.google.com/share/AF1QipNd4XEF9xDMcMrK0aDacaoEqL8bdtqaaBX6QkaED4xel-7HlX5yrLK5phQRsEAzGA?key=SUNQWFIwMzJkU3E3MVQ2Tlc2MnNXZXl2Vjd5UXJn

Laman rasmi program: https://www.ukm.my/umbi/sambutan-hari-dna-umbi-2021/

Rakaman program: https://www.youtube.com/embed/tBC5klH0UJ4