Seminar Kesihatan Mental di Tempat Kerja (Gangguan Seksual)

Oleh: ChM. Nur Nadia Razali

19 Jun 2025 – JKKP UMBI telah menganjurkan Ceramah Seminar Kesihatan Mental di Tempat Kerja (Gangguan Seksual). Ceramah selama dua jam ini bertujuan memberi pendedahan dalam meningkatkan kesedaran kesihatan mental terutamanya gangguan seksual di dalam kalangan warga UMBI. Seminar ini juga menerangkan langkah pengenalpastian pelaku memilih dan “grooming” si mangsa. Mangsa dipilih tidak mengira lelaki mahupun perempuan. Cara pencegahan dan tindakan susulan sekiranya berlaku gangguan seksual juga diterangkan semasa sesi ini.

Sesi disampaikan oleh Cik Khuldiah Iman Mohd Ghazali, Pegawai Psikologi, Jabatan Psikiatri, HCTM, dan telah dihadiri oleh 58 peserta staf dan 12 pelajar termasuk pelajar yang menjalani latihan industri di UMBI.

Akhir ceramah, para peserta menyatakan penghargaan mereka atas perkongsian ilmu yang baik dan memuaskan.

Aktiviti JKKP UMBI 2025:

  1. Seminar Pengenalan Pertolongan Cemas (First Aider)
  2. Seminar Ergonomik Pintar: Cegah Sakit Leher & Tulang Belakang Anda
  3. Ceramah Kecederaan Tusukan tajam (Sharp Injury)
  4. Ceramah Kesihatan Mental di Tempat Kerja
  5. Latihan Alat Pemadam Api UMBI 2025
  6. Latihan Kawad Kebakaran UMBI 2025
  7. Latihan Daftar Bahan Kimia dan SeCHRA

SDG 3 | SDG 4 | SDG 8

Keywords: Wellbeing | Decent work | Productivity | Quality of life | Safe work | Education