Seminar Pengenalan Pertolongan Cemas (First Aider)

Oleh: Andri Dauni

18 Jun 2025JKKP UMBI telah menganjurkan Seminar Pengenalan Pertolongan Cemas (First Aider) yang telah berlangsung di Auditorium UMBI dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Seminar ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan asas berkaitan pertolongan cemas dalam kalangan warga UMBI. Encik Abdul Karim Mustafa daripada Jabatan Perubatan Kecemasan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) telah dijemput khas sebagai penceramah bagi menyampaikan sesi yang penuh informasi ini.

Seramai 81 orang peserta yang terdiri daripada felo penyelidik, kakitangan UMBI, kakitangan The Malaysian Cohort, serta pelajar telah menghadiri seminar ini. Antara pengisian menarik yang telah dikongsikan termasuklah pengenalan kepada Bantuan Pernafasan (CPR) dan penggunaan Automated External Defibrillator (AED).

Para peserta memberikan maklum balas yang sangat positif dan menunjukkan komitmen tinggi dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan seminar ini. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan semasa kecemasan.

Secara keseluruhannya, seminar ini telah mencapai objektif yang digariskan berdasarkan maklum balas yang diterima daripada para peserta.

Aktiviti JKKP UMBI 2025:

  1. Seminar Kesihatan Mental di Tempat Kerja (Gangguan Seksual)
  2. Seminar Ergonomik Pintar: Cegah Sakit Leher & Tulang Belakang Anda
  3. Ceramah Kecederaan Tusukan tajam (Sharp Injury)
  4. Ceramah Kesihatan Mental di Tempat Kerja
  5. Latihan Alat Pemadam Api UMBI 2025
  6. Latihan Kawad Kebakaran UMBI 2025
  7. Latihan Daftar Bahan Kimia dan SeCHRA

SDG 3 | SDG 4 | SDG 8

Keywords: Wellbeing | Decent work | Productivity | Quality of life | Safe work | Education