Sesi Sembang Santai UMBI (Bil 1/2023)

22 Mac 2023 – UMBI telah menganjurkan program Sesi Sembang Santai sempena meraikan seluruh warganya ( termasuk pelajar) yang menyambut hari lahir pada bulam Januari – Mac 2023. Majlis ini juga meraikan bulan Ramadhan Al Mubarak yang bakal menjelang. Majlis ini merupakan penjenamaan semula Majlis Sambutan Hari Lahir yang telah UMBI laksanakan pada tahun- tahun sebelumnya dengan mengetengahkan konsep ramah mesra dikalangan warga UMBI serta jamuan secara ‘ala cart’ dan ‘pot luck’ dari seluruh warga UMBI. Majlis telah dimulakan jam 3pm dengan bacaan doa selamat serta ucapan aluan dari Pengarah UMBI. Seterusnya acara memotong kek bagi warga yang menyambut hari lahir.

Semoga dengan penganjuran program ini dapat mengeratkan silaturahim dan hubungan kerja sama seluruh warga UMBI. Pautan foto program adalah seperti berikut

SESI SEMBANG SANTAI DAN MAJLIS MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK