Siri Dialog Penyelidikan UMBI (1/2022): “Penyakit Alzheimer: Mencari Penanda Awal dan Rawatan Berpotensi”

19 Mei 2022. Siri Dialog Penyelidikan UMBI (1/2022) yang bertema “Penyakit Alzheimer: Mencari Penanda Awal dan Rawatan Berpotensi” telah berjaya berlangsung di UMBI. Sesi dialog ini dirasmikan oleh Profesor Dr. Jamia Azlina Jamal (Pengarah Pusat IDEA UKM). Profesor Datuk Rahman Jamal, Felo Penyelidik Utama Kanan UMBI merupakan moderator untuk sesi ini. Tujuan sesi dialog ini adalah untuk berkongsi pengetahuan tentang penyelidikan Alzheimer kepada penyelidik UKM, mengenal pasti jurang pengetahuan, seterusnya mencetuskan idea penyelidikan dan cadangan proposal penyelidikan.

Antara para jemputan lain adalah: Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Jantan (Profesor Kehormat, INBIOSIS), Prof. Suzana Shahar, (Dekan, FSK), Prof. Madya Nor Azian Abd Murad (Pengarah, UMBI), Prof. Madya Azrina Azmi (Farmasi), Prof. Madya Dr. Teck Yew (UMBI), Dr. Noraidatulakma (UMBI), Dr. Ben You Yee Xing (H-CARE; FSK), Dr. Tan Jen Kit (Biokimia), Dr. Fazreen Azmi (Farmasi), Dr. Ponnusamy A/L Subramaniam (H-CARE) dan Dr. Hamizah Shahirah (INBIOSIS).

Gambar Foto: https://photos.app.goo.gl/jswCZ3di4xeuH6BW9