Sumbangan Lunch Box pada Petugas Barisan Hadapan HCTM

UMBI dan MyCRO Sdn Bhd berbesar hati menyumbangkan Lunch Box kepada petugas barisan hadapan HCTM, khususnya yang bertugas di Wad COVID-19 sebagai sokongan solidariti serta penghargaan atas pengorbanan mereka. Ini merupakan sumbangan kumpulan ke 2 melibatkan Wad Warga, Wad 4G, Wad 4E dan Team Swab JPMD. Sumbangan diserahkan kepada wakil setiap wad pada 1 September 2021.

Sumbangan kumpulan pertama telah dilaksanakan 25 Ogos 2021 melibatkan Wad Eksekutif, Wad 7C, Wad 6B dan Wad 6E (https://www.ukm.my/umbi/news/sumbangan-lunch-box-pada-petugas-barisan-hadapan-hctm/).

Sumbangan akan diteruskan pada wad COVID-19 yang lain pada tarikh berikutnya.