Tahniah En.Andri – Penerima Anugerah PERTADI (Sukan & Rekreasi)

Tahniah diucapkan kepada En. Andri Dauni di atas Penerimaan Anugerah PERTADI (Sukan & Rekreasi) sempena Majlis Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam 2021 (Peringkat UKM) yang dijalankan oleh Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI) UKM pada 20 Ogos 2021 (Jumaat) pukul 9.00 pagi melalui platform Webex dan Facebook.

Majlis ini yang telah dirasmikan oleh YBHG. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman (Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia) dan juga turut melibatkan beberapa orang mantan kakitangan UKM.

Pihak Pengurusan UMBI mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas Penerimaan Anugerah PERTADI. Semoga ianya menjadi pendorong kepada semua kakitangan UMBI dan UKM untuk terus menyumbang dalam segala bentuk perkhidmatan atau sukan di UMBI dan UKM. Syabas diucapkan.