Tahniah Lulus Viva – Nurul Nadia Mohamad Zamberi

Tahniah buat Nurul Nadia Mohamad Zamberi, Pelajar Doktor Falsafah di Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) yang telah lulus Peperiksaan Lisan Tesis 22 Januari 2025 secara hibrid dengan tajuk tesis Pengkajian Elemen Pengawalseliaan Huluan yang menyokong Ekspresi KLF6 yang berkait dengan Penggalak Super dalam Kanser Buah Pinggang.

Tahniah juga kepada barisan penyelia iaitu Ts. Dr. Mohamad Aimanuddin Mohtar, Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan dan Jawatankuasa Penyeliaan yang lain iaitu Ts. Dr. Saiful Effendi Syafruddin dan Prof. Madya Dr. Low Teck Yew.

(Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa Siswazah dan Peperiksaan Lisan Kertas Bil.1/2025)