Taklimat Keselamatan Kebakaran Dan Peranan Emergency Response Team (ERT)

Jawatankuasa Pengungsian Bangunan, Kecemasan dan Kawad Kebakaran, Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) dengan kerjasama JKKP UMBI telah menganjurkan Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Peranan Emergency Response Team (ERT) pada 3 Februari 2023 (Jumaat) bertempat di Auditorium UMBI. Taklimat ini disampaikan oleh Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohd. Azizi Bin Abdullah dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak. Antara isi taklimat yang disampaikan adalah berkenaan punca-punca kebakaran yang boleh berlaku di tempat kerja, jenis – jenis alat pemadam api serta “Standard Operating Procedure” (S.O.P) yang betul sekiranya berlaku kebakaran. Cara-cara mewujudkan dan peranan Pasukan Tindakan Kecemasan atau Emergency Response Team (ERT) juga dijelaskan bagi persediaan menghadapi kes-kes kecemasan di tempat kerja. Di akhir majlis, Timbalan Pengarah UMBI Dr Chin Siok Fong diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pengungsian Bangunan, Kecemasan dan Kawad Kebakaran UMBI, En Raziff Bin Alias telah menyampaikan cenderamata kepada penceramah yang hadir.