Transkriptom Sel Tunggal dalam Kanser Kolorektal — Aplikasi dalam Metastasis, Rintangan Terhadap Rawatan Kemoterapi dan Peranan Sel Tumor Beredar

Ditulis oleh: Francis Yew Fu Tieng, Nurul Syakima Ab Mutalib

Tarikh: 7 Julai 2022

 

Kanser kolorektal ialah antara kanser yang kerap dilaporkan di seluruh dunia. Kanser ini merupakan salah satu cabaran utama dalam perubatan dan penyelidikan, serta menjadi model untuk mengkaji mekanisme molekular yang terlibat dalam pembetukan kanser. Sebelum ini, analisis transkriptom pukal digunakan secara meluas untuk pengkelasan kanser kolorektal berdasarkan ciri-ciri molekul dan patologi klinikal yang berbeza bagi tujuan prognosis dan diagnosis pesakit. Dengan perkembangan teknologi penjujukan, pengenalan transkriptom sel tunggal mengubah landskap perubatan kanser dengan penilaian pengekspresan gen pada tahap sel tunggal. Dalam ulasan yang telah diterbitkan ini, kami menekankan kepentingan analisis transkriptom sel tunggal selain menyarankan kepentingan sel tumor beredar sebagai fokus utama penjujukan sel tunggal RNA. Pencirian sel-sel ini mungkin mendedahkan heterogeniti intratumoral yang terdapat dalam kanser kolorektal dan memberikan pandangan kritikal tentang metastasis kanser. Kami percaya corak analisis ekspresi gen sel tumor beredar dalam kanser kolorektal pada resolusi sel tunggal berpotensi menghasilkan maklumat penting untuk mengenalpasti penanda prognostik dan diagnostik serta penghasilan rawatan kanser yang tepat dan jitu.

GAMBAR RAJAH 1
Gambar rajah menunjukkan mekanisme metastasis jauh sel tumor beredar dan gen-gen dalam kanser kolorektal.

 

Rujukan:

Tieng, F. Y. F., Baharudin, R., Abu, N., Mohd Yunos, R.-I., Lee, L.-H., & Ab Mutalib, N.-S. (2020). Single Cell Transcriptome in Colorectal Cancer—Current Updates on Its Application in Metastasis, Chemoresistance and the Roles of Circulating Tumor Cells. Frontiers in Pharmacology, 11, 135. https://doi.org/10.3389/fphar.2020