Ucapan Tahniah – Francis Tieng Yew Fu

Tahniah diucapkan kepada Francis Tieng Yew Fu, pelajar Doktor Falsafah di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Nurul Syakima Ab Mutalib, atas kemenangan tempat pertamaYoung Researcher Award (YRA) sempena “International Microbiome & Diagnostic Forum (IMDF) 2022. Encik Francis membentangkan hasil kajian bertajuk “Single Cell Transcriptional Profiling from Metastatic Colorectal Cancer Identifies Circulating Tumour Cells Clusters and Their Differentially Expressed Genes. Kajian ini ditaja oleh geran Dana Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) (JJ-2021-002) dan Dana Impak Perdana (DIP-2018-010). Sebagai pemenang hadiah pertama YRA, beliau akan dianugerahkan wang tunai berjumlah RM 1000.00 dan sijil penyertaan.

Video pembentangan beliau boleh ditonton di pautan (https://www.youtube.com/watch?v=K0XYQx7sxbc&t=5s).

Tahniah kepada Francis dan barisan penyelia!