Ucapan Tahniah Pelajar Bergraduasi – Majlis Konvokesyen UKM 48

UMBI mengucapkan tahniah kepada Saudara Muhiddin Ishak, pelajar Sarjana UMBI yang menerima Anugerah Emas Sarjana (Sains, Teknologi dan Kesihatan) di Majlis Konvokesyen UKM ke-48 bermula 3 April 2021. Tahniah dan syabas juga kepada barisan penyelia iaitu Dr. Nurul Syakima Ab Mutalib sebagai Penyelia Utama dan Y.Bhg Prof. Datuk Dr. A Rahman A. Jamal serta Dr. Nadiah Abu sebagai Penyelia Bersama.

UMBI juga mengucapkan tahniah Prof. Madya Dr Norfazilah Ahmad pelajar Doktor Falsafah (Perubatan Molekul) yang menerima Anugerah Ijazah Kedoktoran (GOT dan Tesis Cemerlang, Sidang Canselor). Tahniah dan syabas juga kepada barisan penyelia iaitu Y.Bhg Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan dan Ahli- ahli jawatankuasa yang lain iaitu Profesor Dr. Shamsul Azhar Shah, Profesor Dr. Abdul Halim Abdul Gafor serta Profesor Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad.

Tahniah dan syabas juga kepada para pelajar Sarjana Sains (Perubatan Molekul) yang telah bergraduasi di Majlis Konvokesyen UKM ke-48 (Sidang 2) pada 4 April 2021 :

Najwa Farhah Md Yusof dan para penyelia iaitu Profesor Datuk Dr. A Rahman A Jamal selaku Penyelia Utama dan Dr. Nurul Syakima Ab Mutalib selaku Penyelia Bersama.

Siti Hawa Osman dan para penyelia iaitu Profesor Datuk Dr. A Rahman A Jamal selaku Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Penyeliaan adalah Dr. Nadiah Abu serta Profesor  Dr. Hamidah Alias.

Turut hadir adalah Profesor Madya Dr Nor Azian Abdul Murad, Pengarah UMBI, dua orang Felo UMBI iaitu Dr Ezanee Azlina Mohamad Hanif , Dr. Nurul Syakima Ab Mutalib serta Penolong Pendaftar UMBI iaitu Encik Zakaria Amnan meraikan kejayaan para graduan.

Sumber FB UMBI: https://www.facebook.com/umbi.ukm/