Ucapan Tahniah – Penerima Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong

12 Julai 2023 – Tahniah diucapkan kepada Saudari Chia Yuh Chai, pelajar program Sarjana Kedoktoran UMBI atas kejayaan pengurniaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2023. Istiadat pengurniaan biasiswa oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah disempurnakan di Istana Negara pada 12 Julai 2023 kepada kesemua 11 penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dalam program Sarjana Kedoktoran dan Sarjana. Saudari Chia Yuh Chai akan menjalankan penyelidikan yang dibiayai oleh dana FRGS dan akan menggunakan teknologi penyuntingan genom berasaskan CRISPR untuk mengkaji peraturan genetik dan epigenetik protein onkogenik dalam kanser payudara dibawah seliaan Dr. Mohamad Aimanuddin, Felo Penyelidik UMBI. Tahniah sekali lagi buat Saudari Chia Yuh Chai dan penyelia atas kejayaan penerimaan biasiswa ini dari seluruh warga UMBI.

Sumber:
https://www.sinarharian.com.my/article/267831/berita/nasional/agong-berkenan-kurnia-biasiswa-kepada-11-penuntut-ipt
https://www.sinardaily.my/article/201126/malaysia/national/king-confers-scholarship-to-11-students
https://www.nst.com.my/news/nation/2023/07/930299/king-confers-scholarship-11-students