Ucapan Tahniah – Tempat Pertama Three Minute Thesis (3MT) Peringkat Kebangsaan

 

1 Julai 2022- Seluruh warga UMBI mengucapkan tahniah kepada Saudari Nurul Ainaa’ Rus Bakarurraini, pelajar PhD UMBI (Penyelia: Dr. Nadia Abu), atas kemenangan Tempat Pertama (Kategori Sains) dalam Pertandingan Akhir Three Minute Thesis (3MT) Peringkat Kebangsaan dengan tajuk pembentangan: Neontigen: A ‘Barcode’ to detect and Destroy Cancer Cell.

Saudari Nurul Ainaa’ telah telah mendapat tempat pertama di peringkat UKM pada Mei 2022, telah mewakili UKM ke peringkat kebagsaan yang dilangsungkan di Universiti Malaya pada 29 Julai 2022.

3MT adalah pertandingan komunikasi penyelidikan tahunan untuk pelajar PhD semester 3 dan seterusnya. Pertandingan ini akan menguji keupayaan pelajar untuk menerangkan dengan berkesan penyelidikan mereka dalam 3 kategori (Sains, Sains Sosial dan Kejuruteraan dan Teknologi) kepada penonton bukan pakar dalam masa tiga minit sahaja. Untuk maklumat lanjut tentang 3MT, sila layari http://threeminutethesis.org/. Pautan di bawah adalah Pertandingan UKM 3MT sebelum ini: https://www.youtube.com/watch?v=jbFwS-mw210

Artikel berkaitan: