Ucapan Tahniah – UMBI tempat ke-3 Konvensyen LEAN@UKM ke 25

15 Jun 2022 – UMBI telah mendapat tempat ke-3 dan Penarafan Emas bagi kategori Kumpulan LEAN di Konvensyen LEAN@UKM kali ketiga serentak dengan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat UKM ke 25 bertempat di HCTM.  Konvensyen anjuran Bahagian Pentadbiran dan Kemudahan Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Pusat Jaminan Kualiti dan Jabatan Kualiti HCTM ini juga merupakan salah satu acara dalam sambutan 25 tahun HCTM.

Di antara objektif penganjuran ialah untuk memberi tumpuan kepada idea, pembelajaran, perkongsian ilmu dan penciptaan nilai menerusi strategi pengenalpastian dan penyelesaian masalah, teknik-teknik penganalisisan serta penghasilan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif serta sebagai medium pengiktirafan dan penghargaan kepada Warga UKM untuk mempersembahkan hasil inovasi dan kreativiti yang telah diusahakan. Terdapat 8 kumpulan KIK dan 6 kumpulan LEAN telah bertanding pada konvensyen kali ini.

Kumpulan LEAN UMBI yang dianggotai oleh Nur Nadia (Fasilitator), Khairun Nur (Ketua Kumpulan) Zuraini (Pen. Ketua Kumpulan), Junaida, Afifah, Rosniza, Norwahida, Hanif Zulkahiri dan Norshahidah. Tajuk projek Kumpulan LEAN 5S UMBI ialah Pengurusan Fail Aset & Inventori UMBI yang  telah dimulakan pada September 2021. Piala dan mockup-cek telah disampaikan oleh Dato’ Dr. Syed Kamarudin, Pendaftar UKM dengan diiringi Prof. Dato’ Dr. Hanafiah, Pro VC UKM KKL dan Prof.Madya Dr. Hanita, Timbalan Pengarah HCTM kepada kumpulan yang berjaya di majlis penutup konvensyen tersebut.

Dengan adanya konvensyen seperti ini, dapat meningkatkan motivasi para pekerja, memupuk semangat berpasukan dan percambahan cetusan idea yang bernas pemegang proses untuk meningkatkan persekitaran kerja yang lebih baik.

Tahniah diucapkan!

Gambar : UMBI tempat ke-3 Konvensyen LEAN@UKM ke 25
Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=0AEsV_NVStU