Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) telah menganjurkan Majlis Meraikan Penyelia dan Graduan Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana Sains bersempena dengan Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ke-54.

Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan kepada para penyelia atas dedikasi serta komitmen mereka dalam membimbing pelajar sepanjang perjalanan akademik. Majlis ini turut meraikan kejayaan graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing.


Majlis turut diserikan dengan ucapan wakil pelajar yang disampaikan oleh Dr. Nur Fadhlina Mohamad Pakarulrazy, yang mewakili para graduan untuk berkongsi penghargaan dan pengalaman sepanjang perjalanan pengajian di UMBI.

UMBI dengan bangganya meraikan graduan berikut:
๐ Dr. Afreena Afiqah Azman
๐ Dr. Nur Fadhlina Mohamad Pakarulrazy
๐ Dr. Hilary Sito Pei-Chin
๐ Fariha Adriana Fadzil
Setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan atas pencapaian yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kecemerlangan dalam perjalanan kerjaya dan penyelidikan pada masa hadapan.

Sekalung penghargaan turut diberikan kepada semua penyelia atas segala tunjuk ajar, bimbingan dan komitmen dalam melahirkan graduan berkualiti.
Tahniah dan syabas daripada seluruh warga UMBI! ๐
—
SDG 4 | SDG 8 | SDG 9 | SDG 16 – Education, Productivity, Scientific research