UMBI sertai pameran Festival of Idea (FOI) Putrajaya 2025

9 November 2025 | UMBI telah menyertai pameran sempena Festival of Ideas (FOI) 2025 yang berlangsung pada 4–7 November 2025 di PICC, Putrajaya. Penyertaan ini merupakan penghargaan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atas pengiktirafan UMBI sebagai Pusat Kecemerlangan HICoE sejak tahun 2009 bersama beberapa institusi lain yang turut menerima status HICoE daripada KPT. Pameran ini mengetengahkan pelbagai kemudahan, program dan aktiviti yang ditawarkan oleh universiti, kolej komuniti serta agensi kerajaan dalam usaha membina hubungan bersama komuniti.

Sepanjang empat hari penganjuran, seramai 1,124 pengunjung telah melawat booth UMBI, terdiri daripada 997 pelajar universiti, 22 pelajar sekolah, 84 kakitangan kerajaan dan 16 pekerja sektor swasta. Pecahan harian pengunjung adalah sebanyak 391 orang (hari pertama), 191 orang (hari kedua), 271 orang (hari ketiga) dan 271 orang (hari keempat).

Reruai UMBI menerima sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran ramai pengunjung yang berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai bidang tumpuan, penyelidikan serta perkhidmatan teras yang dijalankan oleh UMBI.

SDG 4 | SDG 9 | SDG 17

Keywords: Education, Scientific research, Knowledge sharing