UKM Medical Molecular Biology Institute

 Leading Institute in Molecular Medicine

Cabaran Maya UKM 2.0 | UKM Virtual Challenge 2.0


Anjuran: Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) & Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI)

  • [smartslider3 slider=”3″]

    Objektif Aktiviti

    1. Membuat kutipan dana amal  untuk mewujudkan tabung dana saringan Covid-19 UMBI yang bertujuan untuk menawarkan ujian saringan COVID-19 secara percuma kepada golongan kurang bernasib baik.
    2. Melahirkan rasa semangat, kerjasama, tanggungjawab dan kecintaan individu terhadap negara dalam menangani pandemik COVID-19.
    3. Melonjakkan imej UKM di persada tanah air sebagai sebuah Institusi Penyelidikan Awam yang peka terhadap kebajikan masyarakat.
    4. Menggembleng penglibatan masyarakat dalam cabaran larian dan kayuhan maya dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

     

    Perincian

    Tempoh Aktiviti : 1 Disember 2021 – 31 Januari 2022
    Tempoh Pendaftaran : 1 Disember – 30 Disember 2021
      Sila daftar di tab “Registration” di halaman ini.
      Penghantaran Medal/T-Shirt: Akan bermula selepas 31 Januari 2021.
    Penyertaan : Terbuka kepada umum
    Kategori : Larian (25km)
    : Kayuhan(250km)
    Masa & Lokasi : Bebas
    Pembuktian Aktiviti : Pembuktian aktiviti boleh diserahkan ke tab “Result Submission” di halaman ini.
      Pembuktian boleh dilakukan beberapa kali (tiada had) sehingga mencapai jarak secara kumulatif.

     

    Pendaftaran dan Yuran Penyertaan

    Yuran Penyertaan :
    1.  RM50.00 (t-shirt, pingat dan eSijil untuk yang berjaya capai sasaran)

     


    Objectives

    1. To support the critical needs of the Ministry of Health (MOH) in COVID-19 testing by crowdfunding UMBI’s testing laboratory.
    2. To instill the spirits of collaboration, responsibility, and patriotism among Malaysians to fight against the COVID-19 pandemic
    3. To establish an image that UKM, as a public research institute, concerns about social well beings
    4. To encourage Malaysian to adopt a healthy lifestyle by virtual running and cycling

     

    Details

    Activity period : 15 December 2021 – 31 January 2022 
    Registration period : 1 December – 30 December 2021 
    Please register at the “Registration” tab on this website
      Medal/T-Shirt Delivery: Will start after 31 January 2021.
    Participation : Open to all 
    Categories : Running (25 km)
    : Cycling (250 km)
    Time and venue : Anywhere, anytime
    Result submission : Activity results may be submitted in the “Result Submission” tab on this website.
      Activity results can be submitted several times (no limit) until the distance is reached cumulatively.

     

    Entry Fees and Runner’s/Cyclist’s Entitlement

    1. RM50.00 (T-shirt, finisher medal, and e-certificate)

    *Please note that the participants who did not fulfill the criteria (25 km run or 250 km ride) will not be entitled to the finisher medal and e-certificate.

  •  

  • Click the button below to make a payment:

    CLICK TO PAY NOW

     

  • Please submit proof (snapshot/application image) of your completed challenge (ride/run) by 23:59:59 hour; 31 January 2022.

    Click the button below to fill out the result submission form.

    Fill out form

    Note: Example of snapshot image of your completed challenge (ride/run)

     

  • Jumlah kutipan program ini akan disumbangkan kepada Makmal Saringan Covid-19 Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) serta digunakan juga untuk pembiayaan saringan Covid-19 bagi pelajar UKM yang berkenaan.

    Latar belakang :

    Institut Biologi Molekul Perubatan (UMBI) telah dipilih sebagai salah sebuah makmal diagnostik COVID-19 kebangsaan melalui kerjasama MOSTI, KPT dan KKM bermula April 2020. Sehingga kini, UMBI telah menjalankan lebih daripada 28,000 ujian diagnostik COVID-19 sekaligus membantu KKM di dalam pengawalan pandemik COVID-19.

    Disamping itu, berdasarkan kepakaran dan fasiliti yang ada, UMBI juga menawarkan ujian saringan COVID-19 secara berbayar kepada orang awam pada harga mampu milik untuk meningkatkan jumlah saringan kepada orang awam.

    Justeru, bagi membantu komuniti, UMBI dengan kerjasama dengan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) ingin meluaskan saringan ujian COVID-19 kepada mereka yang kurang bernasib baik daripada golongan B40, asnaf, anak yatim dan golongan-golongan rentan yang lain.

    Sehubungan itu, kami mempelawa semua masyarakat di luar sana untuk bersama-sama menyertai Program Cabaran Maya UKM (Kayuhan dan Larian) untuk mengumpul dana awam COVID-19 UMBI.

    Dana yang dikumpul ini akan digunakan untuk menampung kos ujian saringan COVID-19 terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Dengan adanya dana ini, UMBI akan berkemampuan menjalankan ujian saingan COVID-19 secara percuma kepada golongan yang memerlukan ini dan seterusnya UMBI dapat membantu KKM mengawal penularan COVID-19 secara bersasar.

    Rujukan:  https://www.ukm.my/umbi/news/covid-19-diagnostic-lab-ukm-medical-molecular-biology-institute-umbi/

     

  • Usahasama dan Tajaan

    Program Anjuran:

    Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB) dan Insitut Biologi Molekul Perubatan (UMBI)

    Dengan Kerjasama:

    1. Speedzone

Translate »