Program Sentuhan Kasih Ramadan HEJIM UKM 2.0
Beliau yang turut menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) memaklumkan bahawa program ini merupakan anjuran kali kedua oleh pusat tanggungjawab di bawah portfolio Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat yang terdiri daripada Yayasan Canselor, Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan (Profesional-UKM), Pusat Jaringan Industri & Komuniti (I-KOM), dan Pusat Komunikasi Korporat (PKK).
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini yang melibatkan kebersamaan kakitangan dan pelajar “Sahabat Wakaf” UKM bersama 29 penghuni warga emas di Pusat Jagaan Nur Hasanah, yang terdiri daripada lingkungan umur 49 hingga 87 tahun.
Antara aktiviti utama termasuk gotong-royong, tazkirah, penyampaian duit raya serta penyerahan sumbangan daripada UKM kepada pusat jagaan sebagai tanda kasih dan keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan.
Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal menyatakan harapan agar program yang dianjurkan bagi menyantuni komuniti bersama pihak industri ini akan memberi manfaat kepada penghuni Pusat Jagaan Nur Hasanah serta semua pihak yang terlibat dalam program tersebut. Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara UKM dan masyarakat, tetapi juga menyemai nilai kasih sayang dan kebersamaan dalam kalangan warga universiti serta rakan strategik.
Turut hadir dalam program ini adalah Pengerusi Pusat Jagaan Nur Hasanah, Tuan Haji Mohiadin Bahado, Pengarah Yayasan Canselor, Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed, Pengarah Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan (Profesional-UKM), Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Helmi Norman, Timbalan Pengarah Pusat Jaringan Industri & Komuniti (I-KOM), Dr. Salvinder Singh, dan Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi, Encik Saipulizam Abdul Ghani.





