Yayasan Canselor

 The Chancellor's Foundation of UKM

Mesyuarat Dana Endowmen Kaneka Malaysia dan Nippon Foundation

Pada 22 September 2022, satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan perkembangan serta pemantapan tadbir urus Dana Endowmen Kaneka Malaysia dan Nippon Foundation dengan kerjasama Institute of Malaysia & International Studies (IKMAS, UKM) di Gebeng Industrial Estate, Kuantan.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Prof. Dr. Sufian Jusoh, Pengarah IKMAS UKM, Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed, Pengarah Yayasan Canselor, Dr. Amizawati Mohd Amir, Timbalan Pengarah Yayasan Canselor, Encik Ahmad Mustaqim Zolkafali, Ketua Pentadbiran Yayasan Canselor dan Puan Siti Salwa Ahmad Zur, Ketua Pentadbiran IKMAS UKM.
Mewakili syarikat Kaneka Malaysia ialah pengurusan tertinggi Kaneka Malaysia Sdn. Bhd iaitu Tuan Hiroyuki Nishimoto, Pengarah Urusan Kaneka Malaysia, Tuan Syed Ahmad Syed Idrus Alhabshi, Pengarah & Pengurus Besar Kaneka Malaysia dan Puan Rosmawati Haron, Ketua Sumber Manusia Kaneka Malaysia. Semoga kerjasama yang telah terjalin bersama UKM sejak tahun 1998 ini berkekalan dan semakin erat pada masa hadapan.