Yayasan Canselor

 The Chancellor's Foundation of UKM

Panduan Membuka Tabung/Dana Dalam Sistem Give2UKM

  1. Dapatkan kelulusan peringkat PTj (Pengurusan) yang memperincikan maklumat berikut:
    a. Objektif/matlamat yang ingin dicapai oleh Dana
    b. Jumlah dana yang diperlukan
    c. Perincian unjuran perbelanjaan/kegunaan dana
    d. Jangkamasa projek; termasuk carta perbatuan
    e. Jangkamasa pengumpulan dana (maksima setahun)
    f. Aktiviti pendanaan juga hendaklah mendapatkan kelulusan/penilaian dari pelulus berikut:

  1. Setiap dana yang bernilai lebih daripada RM500,000.00 atau mempunyai impak atasjenama UKM, perlu mendapatkan kelulusan/pemakluman MPU/LPU terlebih dahulu. Kesemua jenis dana (kecil atau besar) perlu dimaklumkan kepada YC bagi tujuan pelaporan dan rekod.
  2. Jika pengumpulan adalah bagi projek pelajar dan mempunyai kelulusan peringkat PTj/Fakulti, ianya memerlukan surat kelulusan dari Pusat Siswa/PPMPA dan ketua program fakulti terlibat.
  3. Satu set penuh kolateral pemasaran yang mempunyai nilai pemasaran baik. Urusetia sistem memerlukan set kolateral seperti berikut:
    a. Enam (6) Gambar dalam format jpg/png ber-resolusi tinggi yang
    menggambarkan objektif dana. Gambar tidak boleh di ambil dari pihak ketiga atau laman sesawang atas talian bukan hakmilik PTj/UKM.
    b. Opsyen satu (1) video yang memberikan penerangan berkenaan projek pendanaan. Video hendaklah mempunyai resolusi tinggi 1080p bagi mengekalkan kualiti laman sesawang Give2ukm.
    c. Maklumat dana terperinci termasuk brosur/borang/maklumat yang boleh dimuatnaik untuk kegunaan/perhatian penyumbang. Maklumat yang diberi hendaklah mengandungi penceritaan dana;
    i. Kenyataan permasalahan – masalah yang dihadapi sehingga tercetusnya ide penyelesaian. Termasuk masalah pengumpulan dana dan mengapa perlu bantuan penyumbang. Permasalahan hendaklah
    mendalam, menyentuh hati, mempunyai makna/nilai kepada kumpulan sasaran penyumbang dan tidak terlalu cetek dari segi keperluan.
    ii. Kenyataan jangkahayat – Faedah dan nilai (dari segi nilai RM/emosi/mental/fizikal) yang akan diterima/nikmati oleh masyarakat/pelajar/staf penerima projek/dana ini. Juga jangkahayat bantuan tersebut supaya penyumbang dapat membayangkan jangkauan sumbangan mereka.
  4. Setiap jenis dana TIDAK SEMESTINYA DIMUATNAIK ke dalam laman sesawang Give2UKM. Pihak YC berhak menyemak dan menentukan kedudukan/kepentingan dana di dalam laman sesawang tersebut. Penentuan adalah berdasarkan;
    a. Kepentingan dana tersebut pada Universiti di waktu cadangan (sistem hanya memaparkan 6 tabung terpenting pada sesuatu masa). Kepentingan akan dipertimbangkan seperti berikut:
    i. Peringkat dan tahap dana; cth, Pelajar/Fakulti atau PTj/mesyuarat pengurusan PTj berbanding dengan PTj/MPU atau PTj/LPU.
    ii.Kesesuaian dana untuk dipaparkan.
    iii. Jangkamasa pengumpulan. Jika dana mempunyai jangkamasa pengumpulan yang melebihi satu tahun atau selamanya, ianya akan diletakkan di dalam bahagian lain-lain.
    iv. Kualiti dan jenis dana yang mempunyai impak (meningkatkan nilai jenama UKM/PTj/Staf/Pelajar).
  5. Nilai sasaran pengumpulan WAJIB diletakkan. Tarikh mula dan tamat pengumpulan juga perlu diletakkan.
  6. Pihak YC berhak menggantung atau mengeluarkan maklumat dana untuk siasatan lanjut jika terdapat kesalahan/kesilapan maklumat atau menerima maklumbalas negatif daripada penyumbang.