Yayasan Canselor

 The Chancellor's Foundation of UKM

Lawatan Penanda Aras YC, HCTM ke PPUM

20 September 2022: Yayasan Canselor dan Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah membuat lawatan penanda aras ke Klinik Perawatan Luka dan Unit Penjagaan Diabetes, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Objektif lawat penanda aras ini adalah bagi mengetahui dan mempelajari lebih lanjut mengenai prosedur dan perkhidmatan yang ditawarkan di kedua-dua lokasi berkenaan. Lawatan ini telah diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed, Pengarah Yayasan Canselor dan turut hadir mengiringi adalah Dr. Mohmmad Salleh bin Yahya, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan). Taklimat telah disampaikan oleh Puan Rozita binti Mohamad, Ketua Juruwat PPUM yang bertugas meyelia klinik berkenaan. Semoga jalinan kerjasama di antara HCTM dan PPUM akan berterusan di masa-masa akan datang.