Yayasan Canselor

 The Chancellor's Foundation of UKM

Lawatan Penanda Aras UM dan USIM

9 Jun 2022 – Yayasan Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menerima kunjungan
hormat dan lawatan penanda aras daripada Pusat Hubungan Alumni dan Kemajuan Institusi
(CARIA) Universiti Malaya dan Pusat Waqaf dan Zakat Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM). Kunjungan hormat tersebut diwakili oleh Cik Nur Muhaymin binti Mahayudin selaku
ketua CARIA UM, Prof. Madya Dr. Nurul Aini Muhamed, Timbalan Pengarah PWZ USIM serta
barisan pegawai yang menguruskan hal ehwal Wakaf, Endowmen dan Zakat di UM dan
USIM.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk beramah mesra bersama barisan pengurusan
Yayasan Canselor UKM yang diketuai oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed dan juga
Ustaz Ahmad Hairi Rabbani Ahmad Puhad, wakil daripada Pusat Zakat UM. Selain daripada
itu, satu sesi perbincangan bersama Yayasan Canselor telah diadakan dimana intipati
perbincangan tersebut membincangkan dan berkongsi maklumat mengenai kaedah
pelaksanaan dan strategi pengurusan yang digunakan oleh UKM dalam mentadbir dan
mengendalikan Wakaf, Endowmen dan Zakat di UKM.

Semoga hasil daripada kunjugan hormat ini, hubungan dua hala di antara UKM, UM dan
USIM akan terus berkekalan dan saling membantu dapat mencapai ke arah insitusi yang
melahirkan lebih ramai golongan filantropi di Malaysia.