Yayasan Canselor

 The Chancellor's Foundation of UKM

Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Dana Wakaf Tunai

3 Ogos 2022: Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat) UKM, Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin hadir ke Majlis Pertukaran Dokumen Kerjasama Wakaf Tunai UKM-Bank Rakyat yang diadakan di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. Kerjasama UKM melalui Yayasan Canselor dengan Bank Rakyat membolehkan kutipan wakaf dilakukan di semua kaunter Bank Rakyat seluruh negara, dan diharap mampu menarik minat lebih ramai golongan filantropi di Malaysia untuk menjadikan UKM sebagai saluran untuk berwakaf. Wakaf tunai yang diberikan akan disalurkan bagi tujuan kebajikan, pendidikan dan pembangunan yang akan memberikan manfaat kepada orang ramai khususnya warga UKM. Hadir sama adalah Ketua Pegawai Susulan dan Kutipan Bank Rakyat, En. Abdul Razak Abu Bakar; Pro Naib Canselor Penjanaan dan Prasarana, Prof. Dr. Norhamidi Muhamad; Bendahari UKM, Encik Mohd Azli Mohd Kasirunm; Pengarah Yayasan Canselor, Prof. Ts. Dr. Faizal K.P. Kunchi Mohamed; Timbalan Pengarah Yayasan Canselor, Prof. Madya Dr. Amizawati Mohd Amir dan Pengurus Wakaf Yayasan Canselor, Tn. Haji. Abu Bakar bin Yang.