Yayasan Canselor

 The Chancellor's Foundation of UKM

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Yayasan Canselor UKM

Yayasan Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia telah meraikan anak-anak  Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi dalam majlis Hari Raya Aidilfitri Yayasan Canselor. Pada majlis itu, 25 orang anak-anak Rumah Bakti Al-Kausar menerima sumbangan duit raya dan sumbangan daripada Ronald McDonald House Charities (RMHC) melalui Cawangan McDonald Kajang.

Sambutan Hari Raya ini turut meraikan rakan-rakan industri dan pendana Yayasan Canselor dengan tujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan strategik bersama rakan industri. Majlis yang diadakan buat pertama kali secara terbuka sejak negara beralih ke fasa endemik turut dihadiri Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri, Alumni & Masyarakat, Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Kassim, Pendaftar UKM, Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla dan pengurusan UKM yang lain.