Yayasan Canselor

 The Chancellor's Foundation of UKM

SIRI WEBINAR YAYASAN CANSELOR FILANTROPI AKADEMIA

25 OKTOBER 2021: Siri Webinar Yayasan Canselor Bertajuk Filantropi Akademia, anjuran bersama Yayasan Canselor UKM dan Akademi Pengajian Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah berjaya dianjurkan pada 25 Oktober 2021 (Isnin) secara dalam talian. Webinar ini menampilkan Y.A.D Dato Dr. Haji Anhar Haji Opir (Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor) bersama YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Prof. Dr. Nor Azlan Ghazali (Pengarah, Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi) sebagai ahli panel dan YBrs. Prof Madya Ts. Dr. Faizal Mohamed (Pengarah YC) sebagai moderator membicarakan membincangkan isu berkaitan kelestarian akademia dan merungkai pelbagai persoalan khususnya dalam penjanaan sumber bagi membiayai nadi sebuah universiti.