Ceramah Ramadan Perdana Bersama Syamsul Debat
โ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ข ๐๐ง๐ขโ ๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐๐๐ง ๐๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฎ๐๐๐ก๐๐ง ๐๐ข๐ซ๐ข ๐๐๐ง๐ ๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ข๐ค
Yayasan Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengadakan Ceramah Ramadan Perdana sempena Bulan Wakaf UKM 2026 yang berlangsung dengan penuh pengisian, menyentuh jiwa dan menyemarakkan semangat beramal dalam bulan yang mulia ini.
Perkongsian bermakna oleh Tuan Syamsul Debat mengajak warga UKM untuk menghayati tema โRamadan Kali Iniโฆโ sebagai titik permulaan ke arah perubahan diri yang lebih baik, dengan tekad untuk terus istiqamah dalam memperkukuh iman, meningkatkan amal soleh serta menyemarakkan budaya berwakaf.
Program ini sekali gus mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam menyuburkan nilai kebersamaan dan kebajikan. Semoga pengisian ini menjadi inspirasi untuk kita terus memberi, berkongsi dan meninggalkan legasi kebaikan.
Program yang diadakan di Persada Censelori ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali; Pro Naib Canselor Strategi dan Kewatanan, Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajika dan Pengarah Yayasan Canselor, Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed .












