BORANG/TEMPLAT KERTAS KERJA PENUBUHAN TABUNG KHUSUS
SYARAT-SYARAT PENUBUHAN TABUNG KHUSUS PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTj)
- Tempoh pelaksanaan Tabung Khusus Fakulti/Institut/Pusat adalah selama dua (2) tahun bermula daripada tarikh yang dinyatakan.
- Sekiranya dana yang dikumpul belum capai sasaran balam tempoh yang ditetapkan, permohonan lanjutan boleh dihantar kepada urusetia Yayasan Canselor melalui e-mel.
- Permohonan lanjutan tempoh perlu dibuat dalam tempoh 30 hari.
- PTj digalakkan untuk mengadakan promosi berkenaan Tabung Khusus Fakulti/Institut/Pusat untuk memberi kesedaran kepada warga UKM dan orang awam.
- PTj bertanggungjawab mengadakan kempen dan promosi secara berterusan bagi memastikan kesinambungan Tabung Khusus kekal relevan.
- Dana Tabung Khusus yang terkumpul hendaklah digunakan untuk projek yang telah dinyatakan dalam kertas cadangan/permohonan sahaja.
- PTj dibenarkan untuk menerima sumbangan/dana dari warga UKM, Alumni UKM, Anak Syarikat UKM dan pihak luar yang mempunyai hubungan secara langsung dengan UKM
- Potongan gaji bulanan untuk kakitangan UKM adalah DIBENARKAN.
- PTJ hendaklah menyelaraskan pelaksanaan kutipan yang dilakukan oleh fakulti/unit/bahagian PTJ yang berbeza.
- PTJ hendaklah sentiasa menjaga nama baik UKM dan Yayasan Canselor sepanjang tempoh tabung khusus Fakulti/Institut/Pusat
- PTJ hendaklah patuh dan akur atas arahan ataupun peraturan semasa yang dikeluarkan oleh pihak Yayasan Canselor.
- Syarat-syarat yang dinyatakan adalah jelas dan pihak Yayasan Canselor berhak untuk menarik semula kebenaran sekiranya terdapat keraguan dan syarat yang tidak dipatuhi.
Klik pada pautan untuk muat turun borang.