Info Yayasan Canselor
Latar belakang
Sedia berkhidmat untuk UKM
Yayasan Canselor diwujudkan bagi menjana dan mengurus tabung kewangan daripada alumni, rakan-rakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), syarikat-syarikat swasta, yayasan-yayasan lain dan pihak awam secara efisien. Yayasan ini adalah dibawah portfolio Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM).
VISI
Menjadi penyumbang utama yang lestari kepada Universiti bagi mendokong pelbagai inisiatif pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan.
MISI
Yayasan Canselor beriltizam menjana dana melalui jaringan dengan penyumbang, penaja dan penderma berasaskan mekanisme dan instrumen yang dinamik.
MATLAMAT
- Menyediakan infrastruktur yang cekap bagi penjanaan dana yang lestari
- Mencetus dan melancarkan mekanisme dan instrumen yang inovatif bagi penjanaan
dana yang berkesan - Mewujudkan jaringan kerjasama dengan rakan sedia ada dan pihak yang berpotensi bagi memupuk hubungan yang berkekalan dengan Universiti
OBJEKTIF
Yayasan Canselor diwujudkan bagi menjana dan mengurus tabung kewangan daripada rakan strategik, alumni, syarikat swasta, yayasan-yayasan lain dan pihak awam secara efisien.
BIDANG OPERAS & TANGGUNGJWAB
- Menerima sumbangan dan menjana kewangan universiti
- Bekerjasama dengan Pusat Tanggungjawab (PTj) UKM untuk menguruskan dana sumbangan serta menjana dana mengikut keperluan.