Malam Wakaf Rakyat 2025 (MAWAR 2025)
Bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, konsert ini menampilkan barisan artis dan personaliti tanah air ternama termasuk Datuk Ramli Sarip, Prof Dato’ Dr. Mohd Izhar, Raihan, Caliph Buskers, Lah Ahmad, Vanidah Imran, UNIC, Abby Fana, Dr. PU Razi, Azhar Hilmi dan Taiyuddin.
Sebahagian hasil kutipan konsert ini disalurkan terus untuk menaik taraf pendidikan anak-anak pesakit di Sekolah Dalam Hospital, Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM dan juga aktiviti wakaf di UKM bagi menyokong aktiviti kebajikan, pembangunan, pendidikan dan penyelidikan universiti.
Bertemakan ‘Biarpun Nafasmu Terhenti, Pahalamu Terus Mengalir’, Konsert MAWAR 2025 menghimpunkan lebih daripada 1,500 penonton. Konsert yang menjadi platform dakwah ini adalah inisiatif inovatif pendanaan wakaf di UKM melalui Dana Wakaf Ilmu UKM (DWIUKM).
Konsert MAWAR 2025 turut dihadiri oleh Prof Ts. Dr. Faizal Mohamed, yang menjalankan Fungsi Timbaan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, merangkap Pengerusi Konsert MAWAR 2025; Prof Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; Bendahari UKM, Tuan Hj Mohd Azli Mohd Kasirun dan Pengarah Pusat Kebudayaan, En Mohamed Asrof Semin.












