Wacana Bersiri Manuskrip AhlilLah Alam Melayu

poster wacana 23 februari tempat baru2

Sukacita di maklumkan bahawa pihak Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan Wacana Bersiri 2016 Manuskrip Alam Melayu-Peringkat Antarabangsa dengan bertemakan manuskrip AhlilLah Alam Melayu. Wacana siri pertama ini akan diadakan pada berikut:

Tarikh : 23 Feb 2016 / Selasa
Masa : Sesi 1: 9.30 Pagi – 12.00 Tengah Hari (Pembentangan 1)
Tajuk: Refleksi Sejarah Tarekat Rohani Alam Melayu
Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Syukri Yeoh Abdullah
Sesi 2: 2.00 Petang – 4.30 Petang (Pembentangan 2)
Tajuk: Manhaj Terekat Rohani Alam Melayu
Oleh: En. Zuraini Mashrom, MA

Tempat : Aras 1, Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi segera En. Ahmad Bazri di talian 03-8921 3645 / HP 011-3225 9091 atau emel bazri@ukm.edu.my