Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM)

Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM) ditubuhkan di bawah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia UKM pada tahun 2010 yang merupakan pusat pengembangan kajian ilmu di dalam manuskrip Melayu yang terdiri daripada pelbagai bidang dan cabang. PPMAM ini melakukan kajian terhadap manuskrip-manuskrip Melayu yang bertulisan jawi lama yang terdapat di alam Melayu dan melakukan kajian terhadap manuskrip mengenai alam Melayu yang ditemui di luar alam Melayu. Umum diketahui terdapat sekitar 10,000-15,000 judul manuskrip yang bertulisan jawi lama di 151 perpustakaan, arkib dan muzium di sekitar 28 buah negara di seluruh dunia. Sehingga kini lebih kurang 5% daripadanya telah dikaji, bakinya 95% lagi masih belum dikaji yang tidak diketahui isinya.
VISI
Menjadi pusat penyelidikan manuskrip alam Melayu yang terulung dalam negara, serantau dan antarabangsa
MISI
Menerokai serta membudayakan penyelidikan manuskrip alam Melayu bagi menimba dan manfaatkan ilmu sains dan teknologi Melayu dalam kalangan masyarakat masa kini
OBJEKTIF
- Membentuk sebuah pusat kecemerlangan dan rujukan dalam kajian manuskrip alam Melayu
- Memastikan kajian manuskrip alam Melayu dijalankan secara intensif dan berterusan
- Menzahirkan ilmu dalam manuskrip untuk pemahaman dan penghayatan
- Melahirkan lebih banyak pakar dalam kajian manuskrip
- Menghasilkan penulisan dan penerbitan dari kajian manuskrip
- Mewujudkan platform kerjasama antara penyelidik dan Institusi tempatan serta antarabangsa demi kepentingan meningkatkan penyelidikan manuskrip
- Membudayakan penyelidikan manuskrip dalam kalangan pelajar dan pensyarah Universiti
- Membangun pangkalan data koleksi manuskrip Melayu dalam bentuk digital
STRATEGI
- Bertindak sebagai pusat sumber katalog koleksi dan salinan naskhah manuskrip yang berkaitan alam Melayu
- Menjadikan tempat pusat rujukan dan penyelidikan untuk kajian Manuskrip
- Bertindak sebagai pusat pengembangan kepakaran kajian manuskrip Melayu
- Menggalakkan penimbaan ilmu dari naskhah lama untuk dimanfaatkan generasi masa kini dan akan datang
- Menerbitkan hasil kajian dan transliterasi yang diusahakan pusat
- Mewujudkan kolaborasi dan jaringan mentor dengan institusi dalam dan luar negara dalam bidang perolehan dan pengkajian manuskrip
- Mempromosikan dan meningkatkan kesedaran tentang naskhah manuskrip sebagai sumber ilmu dengan pelbagai cara
- Memberi latihan dan bimbingan di dalam penyelidikan manuskrip seperti kursus/bengkel filologi, latihan transliterasi manuskrip, pentahkikan manuskrip Melayu, membaca dan memahami teks-teks khat manuskrip
- Menyebarkan ilmu di dalam manuskrip melalui wacana, penyelidikan, bengkel, penerbitan dan pameran
BIDANG KAJIAN PPMAM
Penyelidikan manuskrip alam Melayu termasuk tetapi tidak terhad kepada bidang berikut:

- Ilmu Sains & Teknologi Alam Melayu
- Perubatan ( Kitab Tib)
- Bahasa, Linguistik dan Budaya Alam Melayu
- Sastera Sejarah Alam Melayu
- Hikayat-hikayat Melayu
- Sastera Kitab yang meliputi pelbagai bidang agama seperti falsafah, aqidah, syariah, tafsir, hadis, akhlak tasawuf, nahu, saraf, dan lain-lain
- Seni meliputi pelbagai bidang seperti seni bina, seni bela diri,seni anyam, seni ukir, dan lain-lain warkah raja-raja Melayu
- Warkah Raja-raja Melayu
- Seni Hias Manuskrip Alam Melayu
- Puisi Melayu Tradisional
AKTIVITI PPMAM
- Siri Wacana Manuskrip/ Naskhah Melayu
- Bengkel Penyelidikan Manuskrip Melayu
- Transliterasi Manuskrip Melayu
- Penerbitan hasil kajian Manuskrip Melayu
- Kajian Lapangan
- Pendigitalan & Dokumentasi Manuskrip Melayu
- Pembinaan Koleksi Pusat Sumber

DR ROS MAHWATI AHMAD ZAKARIA
Ketua Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu,
Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu,
Aras 4, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor.
Tel: 03-8921 5822/ 3323/ 3645
Faks: 03-8925 4698