INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU

INSTITUTE OF THE MALAY WORLD AND CIVILIZATION

PANTUN DALAM SEJARAH PERKEMBANGAN PEMIKIRAN MELAYU DI SINGAPURA MODEN: KAJIAN DAN HIMPUNAN

Butiran

Pengarang: Djamal Tukimin
Penerbit: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Tahun: 2011
Jumlah Halaman
Rujukan/Muat TurunKlik di sini

Ringkasan

“Puisi tradisional yang kita kenal sebagai pantun ini adalah gubahan dan ciptaan seniman pemantun Melayu yang paling indah bukan saja dari nilai budinya dan kebenarannya saja. Tetapi juga dari pencernaan pemikiran dengan imej dalam suasana yang dibina melalui seni kata, bentuk yang tersendiri yang khas mahupun dari aspek gaya persembahan bila dibandingkan pula dengan puisipuisi lain yang dicipta oleh umat manusia di dunia ini. Walaupun pantun itu kelihatan sudah cukup tua berada dalam gelanggang budaya Melayu dalam dunia yang bersifat tradisional dan kelihatan kuno tetapi pantun yang siap sentiasa hidup dalam minda dan jiwa masyarakat Melayu beratus-ratus tahun malahan beribu-ribu tahun dahulu tetap relevan sampai hari ini”

“Tugas dan peranan pantun seolah-olah tidak pernah selesai dalam hidup berbudaya dan tidak pernah tamat pula pengabdian itu. Malahan, pengabdian itu cukup lama bukan sahaja dapat menyeri dan memaniskan tutur kata kita tetapi juga mengilap cemerlang falsafah hidup serta memenuhi ruang-ruang budaya Melayu pada umumnya. Sebuah pengabdian yang sangat bererti sekali”

“Sesungguhnya pantun Melayu yang telah melampaui usia cukup tua dan bersifat asli juga murni, maka pantun Melayu tetap di tutur, di lisan dan dikhazanahkan oleh masyarakat Melayu sampai hari ini dari berbagai-bagai etnik terutama dunia Melayu pasca moden. Dengan demikian pantun Melayu itu adalah satu warisan on going tradition…”

ISBN: 978-983-2457-39-8

Skip to content