Selamat Datang

Pembangunan sistem sokongan pembuat keputusan untuk pengurusan Lembangan Langat merupakan penilaian terbaik alam sekitar melalui pendekatan multi sektor dan holistik bagi pengurusan mampan Lembangan Langat.

Lembangan Sungai Langat telah diiktiraf sebagai salah satu bidang hidrologi oleh Environment, Life and Policy (HELP) Basins pada tahun 2004 yang telah diinisiatif oleh Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM. HELP adalah penting dalam rentas dan inisiatif United Nations Educational Scientific Organization (UNESCO) yang diketuai oleh International Hydrological Programme (IHP).

Sistem sokongan pembuat keputusan merupakan sistem permodelan yang berorientasikan analisis multi kriteria yang mengintegrasikan sumber air dan data-data yang berkaitan hidrologi serta model ramalan sosio ekonomi kawasan kajian.

Sistem sokongan pembuat keputusan untuk pengurusan Lembangan Sungai Langat bersepadu adalah berdasarkan sistem permodelan komputer termasuk pangkalan data, sistem pengurusan yang baik dan menghubungkan data-data hidrologi kepada pihak yang berkepentingan kawasan Lembangan Langat.

Sistem yang dibangunkan dapat membuat simulasi dan menilai kesan statistik dan saintifik serta langkah-langkah pengurusan. Berdasarkan, hasil dalam sistem sokongan pembuat keputusan ini yang diiktiraf untuk kepentingan pengurusan air, industri, pertanian dan orang ramai dapat diwujudkan dalam rancangan pengurusan pihak berkepentingan masing-masing.

Lembangan Sungai Langat