DSS Banjir

Decision Support System atau Sistem Sokongan Pembuat Keputusan (DSS) merupakan satu sistem penyampaian maklumat secara drastik dan sistematik bagi peramalan dan jangkaan berkaitan sumber air pada masa akan datang. Berdasarkan statistik yang diberi dan disampaikan, pihak berwajib malahan masyarakat setempat boleh membuat keputusan dalam menghadapi kemungkinan bencana khususnya seperti banjir kawasan bandar.