PROJEK PENYELIDIKAN

10

PELAJAR AKTIF

20

ALUMNI

20

AKTIVITI JANGKAUAN

20
BERITA
VIDEO KORPORAT
MEDIA SOSIAL
Cover for Lestari UKM Bangi
Page likes: 1,434

Lestari UKM Bangi

(opens in a new tab)

The Institute for Environment and Development (LESTARI) was established on 1st October 1994 as a multidisciplinary institute within the structure of UKM

2 weeks ago

Lestari UKM Bangi
Jemputan menyertai Bengkel : Navigating Academic Publishing: Writing for Peer-Reviewed Journals Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES), LESTARI, UKM akan mengadakan Bengkel _Navigating Academic Publishing: Writing for Peer-Reviewed Journals_ seperti ketetapan berikut : Tarikh & Masa: 21 Disember 2026 (8.30 pagi hingga 4.30 petang)22 Disember 2026 (8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari)Lokasi: Bilik Kuliah Utama LESTARIPenceramah: Prof. Madya Dr. Saiful Arif AbdullahPenyertaan adalah terbuka kepada 25 pelajar sahajaSila klik di pautan dibawah untuk mendaftar.forms.gle/T5bW47ELC6QitHhd7 Bersama-sama ini disertakan poster bengkel untuk rujukan. Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi Prof. Madya Dr. Saiful Arif Abdullah di talian 0389214151 atau Puan Ku Adriani Ku Ayob di talian 03-89214163 Sekian, terima kasih. ...
View on Facebook (opens in a new tab)

3 weeks ago

Lestari UKM Bangi
UCAPAN TAHNIAH ATAS PENERIMAAN ANUGERAH TOKOH KKP UKM 2026Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.YBhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. ChM Dr. Goh Choo Ta, Pengarah dan Felo Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima Anugerah Tokoh Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) UKM 2026 bagi Kategori Akademik.Anugerah ini telah diterima bersempena Minggu Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MRKKP) UKM 2026, anjuran Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM) dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB).Seluruh warga LESTARI merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada YBhg. Prof. atas pengiktirafan yang amat bermakna ini.Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga LESTARI untuk terus memperkukuh komitmen, profesionalisme dan kecemerlangan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.Sekalung tahniah dan syabas, YBhg. Prof.Sekian, terima kasih. ...
View on Facebook (opens in a new tab)

3 weeks ago

Lestari UKM Bangi
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Ts. Dr. Lee Khai Ern atas pengiktirafan dan penganugerahan gelaran Chartered Manager (CMgr) daripada Chartered Management Institute (CMI) pada 26 Oktober 2026.Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan terhadap kepimpinan, kompetensi profesional serta komitmen dalam bidang pengurusan.Semoga pencapaian ini terus menjadi inspirasi kepada warga UKM untuk memperkasa kecemerlangan kepimpinan, meningkatkan profesionalisme dan menyumbang kepada pembangunan mampan. ...
View on Facebook (opens in a new tab)

3 weeks ago

Lestari UKM Bangi
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Dr. Nor Zalina Harun atas kejayaan menerima Anugerah Skrol Kehormat Malaysia 2026 dalam kategori Community-Led Initiatives/Action sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026.Pengiktirafan ini diberikan atas sumbangan beliau melalui projek “Pembangunan Ruang Komunal sebagai Ruang Integrasi Komuniti Perumahan Strata Kos Rendah di Selangor”, yang menekankan kepentingan ruang komunal sebagai medium untuk memperkukuh integrasi sosial, memupuk hubungan kejiranan dan membina komuniti yang inklusif serta mampan.Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga UKM dan komuniti penyelidikan untuk terus memperkasa pembangunan komuniti ke arah kesejahteraan masyarakat dan kelestarian negara. 🌿Syabas dan tahniah atas pencapaian yang membanggakan! ...
View on Facebook (opens in a new tab)

3 weeks ago

Lestari UKM Bangi
Wacana Kelestarian Siri 3/2026 ...
View on Facebook (opens in a new tab)

4 weeks ago

Lestari UKM Bangi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,[JEMPUTAN KE WACANA KELESTARIAN BIL 3/2026]Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan Sains dan Governans Kelestarian (SGK), LESTARI UKM dengan kerjasama Malaysian Peat Society (MPS) dan Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI, LESTARI) akan menganjurkan Wacana Kelestarian Siri 3/2026 bertajuk:BEFORE THE PEAT BURNS: KEEP IT TIGHT AND MOIST TO PROTECT OUR FUTURE🎙️ Penceramah:Datu Dr. Lulie Melling, FASc FMSSSPresiden Malaysian Peat Society (MPS)🎙️ Moderator:Prof. Ts. Dr. Lee Khai Ern, FASc CMgr FCMIKetua Pusat Penyelidikan SGK📅 23 Oktober 2026 (Jumaat)🕑 3.00 petang📍 Secara atas talian (Zoom dan FB LESTARI)Pautan Pra-pendaftaran : forms.gle/KD4eRJdwaofCf4iq5YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dengan segala hormatnya dijemput untuk hadir dan memeriahkan program ini.Kehadiran dan sokongan YBhg. Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai.Sekian, terima kasih. ...
View on Facebook (opens in a new tab)

4 weeks ago

Lestari UKM Bangi
32 TAHUN LESTARI UKM: MEMPERKASA SAINS KELESTARIAN 🌿Selama 32 tahun, LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus komited memperkasa sains kelestarian melalui penyelidikan, jaringan jangkauan dan pembangunan komuniti.Imbasan Aktiviti LESTARI 2025–2026 ✨🔬 PenyelidikanMemacu ilmu dan inovasi bagi menangani cabaran kelestarian demi masa depan yang lebih mampan.🤝 Jaringan dan JangkauanMemperkukuh kerjasama strategik, memperluas perkongsian ilmu dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kelestarian.🌱 Sosial dan RekreasiMengeratkan hubungan, memupuk semangat kebersamaan dan membina warga LESTARI yang aktif serta harmoni.Setiap penyelidikan, setiap jaringan dan setiap aktiviti mencerminkan komitmen warga LESTARI dalam memperkasa sains kelestarian serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar.💚 32 Tahun LESTARI — Memperkasa Sains Kelestarian, Membina Masa Depan Mampan.Terima kasih kepada seluruh warga LESTARI, rakan strategik dan semua pihak yang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Semoga LESTARI terus melakar kecemerlangan dan memberi impak bermakna untuk generasi akan datang!#lestariukm #32tahunlestari #memperkasasainskelestarian #ukm #SainsKelestarian Penyelidikan JaringanJangkauan Kelestarian ...
View on Facebook (opens in a new tab)

4 weeks ago

Lestari UKM Bangi
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Nor Diana Mohd Idris atas kejayaan memperoleh Geran Program Pengabdian Kolaborasi Internasional 2026 (Non-PNBP USU) berjumlah RM10,270.51.Geran ini menyokong pelaksanaan projek bertajuk “Rehabilitasi Ketangguhan Komunitas Pascabanjir di Kabupaten Langkat melalui Kolaborasi Indonesia-Malaysia”, yang berlangsung dari 24 April hingga 12 Disember 2026. ...
View on Facebook (opens in a new tab)

4 weeks ago

Lestari UKM Bangi
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. ChM. Dr. Goh Choo Ta atas kejayaan memperoleh Geran Universiti Tematik Strategik (GUTS) 2026 berjumlah RM440,100.00 bagi tempoh 24 bulan sebagai Ketua Program.Kejayaan ini merupakan satu pencapaian bermakna dalam memperkukuh penyelidikan strategik yang menggabungkan diplomasi semikonduktor, teknologi hijau dan perlindungan alam sekitar. ...
View on Facebook (opens in a new tab)

1 month ago

Lestari UKM Bangi
[JEMPUTAN KE FORUM PERUMAHAN, HABA BANDAR DAN DAYA TAHAN KOMUNITI DI MALAYSIA DAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-32 INSTITUT ALAM SEKITAR DAN PEMBANGUNAN (LESTARI)]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, YBhg. Prof Ulung/Emeritus/Tan Sri/Datuk/Dato/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk perkara di atas.Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) dengan kerjasama Pusat Strategi UKM dan CLARE- ASEAN, akan menganjurkan sambutan Hari Habitat Sedunia 2026 dan sambutan Ulang Tahun ke-32 Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM yang ke-32.Justeru, satu sesi perkongsian dapatan utama penyelidikan perbandingan antara Malaysia dan Indonesia berfokus “Perumahan, Haba Bandar dan Daya Tahan Komuniti di Malaysia” akan diadakan dalam sambutan tersebut.Sehubungan itu, pihak penganjur berbesar hati menjemput YBhg. Prof Ulung/Emeritus/Tan Sri/Datuk/Dato/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan ke sesi tersebut. Ketetapan program adalah seperti berikut:Tarikh : 13 Oktober 2026 (Selasa)Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahariTempat : Auditorium Utama, Aras G, Akademi Siber Teknopolis, Universiti Kebangsaan Malaysia,BangiPihak kami memohon jasa baik YBhg. Prof Ulung/Emeritus/Tan Sri/Datuk/Dato/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, untuk melengkapkan borang pendaftaran kehadiran menggunakan pautan *(forms.gle/hLkyX6yyByAs6qHm8)* sebelum atau pada 12 Oktober 2026 (Isnin) bagi tujuan logistik dan penyediaan makanan dan minuman. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui emel nzalina@ukm.edu.my atau linaemira08@gmail.comSegala perhatian, sokongan dan kesudian YBhg. Prof Ulung/Emeritus/Tan Sri/Datuk/Dato/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan memenuhi jemputan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. ...
View on Facebook (opens in a new tab)

1 month ago

Lestari UKM Bangi
[JEMPUTAN KE FORUM PERUMAHAN, HABA BANDAR DAN DAYA TAHAN KOMUNITI DI MALAYSIA DAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-32 INSTITUT ALAM SEKITAR DAN PEMBANGUNAN (LESTARI)]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, YBhg. Prof Ulung/Emeritus/Tan Sri/Datuk/Dato/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk perkara di atas.Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) dengan kerjasama Pusat Strategi UKM dan CLARE- ASEAN, akan menganjurkan sambutan Hari Habitat Sedunia 2026 dan sambutan Ulang Tahun ke-32 Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM yang ke-32.Justeru, satu sesi perkongsian dapatan utama penyelidikan perbandingan antara Malaysia dan Indonesia berfokus “Perumahan, Haba Bandar dan Daya Tahan Komuniti di Malaysia” akan diadakan dalam sambutan tersebut. Sesi pembentangan hasil kajian turut disusuli dengan sesi perbincangan terbuka bertujuan memperkukuh pertukaran pengetahuan dan pengalaman antara pembuat dasar, penyelidik, pihak berkuasa tempatan, agensi perumahan dan komuniti, serta membincangkan penerapan dapatan penyelidikan dalam cadangan dasar, intervensi praktikal dan kerjasama institusi.Sehubungan itu, pihak penganjur berbesar hati menjemput YBhg. Prof Ulung/Emeritus/Tan Sri/Datuk/Dato/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan ke sesi tersebut. Ketetapan program adalah seperti berikut:Tarikh : 13 Oktober 2026 (Selasa)Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahariTempat : Auditorium Utama, Aras G, Akademi Siber Teknopolis, Universiti Kebangsaan Malaysia,BangiPihak kami memohon jasa baik YBhg. Prof Ulung/Emeritus/Tan Sri/Datuk/Dato/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, untuk melengkapkan borang pendaftaran kehadiran menggunakan pautan (lnkd.in/gtq2WB9V) sebelum atau pada 12 Oktober 2026 (Isnin) bagi tujuan logistik dan penyediaan makanan dan minuman. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui emel nzalina@ukm.edu.my atau linaemira08@gmail.comSegala perhatian, sokongan dan kesudian YBhg. Prof Ulung/Emeritus/Tan Sri/Datuk/Dato/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan memenuhi jemputan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. ...
View on Facebook (opens in a new tab)

2 months ago

Lestari UKM Bangi
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Ts. Dr. Lee Khai Ern, Felo Utama LESTARI UKM, atas pelantikan semula sebagai Ketua, Pusat Penyelidikan Sains dan Governans Kelestarian (SGK), LESTARI UKM bagi tempoh 1 Oktober 2026 hingga 30 September 2028.Pelantikan ini mencerminkan kepercayaan dan komitmen berterusan dalam memperkukuh kecemerlangan penyelidikan, sains dan governans kelestarian, selaras dengan aspirasi LESTARI UKM dalam menerajui agenda pembangunan lestari. ...
View on Facebook (opens in a new tab)

2 months ago

Lestari UKM Bangi
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. ChM. Dr. Tan Ling Ling, Felo Utama LESTARI UKM, atas pelantikan semula sebagai Ketua Jaminan Kualiti (KJK) LESTARI UKM bagi tempoh 1 September 2026 hingga 31 Oktober 2028.Semoga pelantikan ini terus memperkukuh tadbir urus, jaminan kualiti serta kecemerlangan akademik dan penyelidikan di LESTARI UKM. ...
View on Facebook (opens in a new tab)

2 months ago

Lestari UKM Bangi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan,[JEMPUTAN MENYERTAI WACANA KELESTARIAN SIRI 1/2026 PUSAT PENYELIDIKAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR, EKONOMI DAN SOSIAL (KASES) LESTARI, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)]Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES) LESTARI UKM ingin menjemput YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan, untuk menyertai program Wacana Kelestarian Siri 1/2026 secara atas talian seperti butiran berikut :Tarikh : 23 September 2026 (Rabu)Masa : 10.00 pagi -12.00 tengah hariPautan atas talian :teams.microsoft.com/meet/41861464092359?p=oxyrIVNeJRmVyUxSt5Penceramah & ModeratorProf. Gs. Dr. Ruslan Rainis, Profesor Kehormat LESTARIProf. Madya Gs. Dr. Nuriah Abdul Majid, Felo Penyelidik Kanan & Pensyarah LESTARITajuk :KECERDASAN GEOGRAFI : PERBATASAN SELANJUTNYA BAGI ESGGEOGRAPHIC INTELLIGENCE : THE NEXT FRONTIER OF ESGPautan untuk pendaftaran / kehadiran :forms.gle/YHHUmzNrtib4BG2y6Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan ke Wacana Kelestarian ini dan memanjangkan jemputan ini kepada kakitangan YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan.Bersama-sama ini disertakan pautan pendaftaran untuk pengisian kehadiran, mohon YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan untuk mengisinya.Kehadiran YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan ke Wacana Kelestarian ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Salam hormat,JAWATANKUASA PENGANJURKASES, LESTARI UKM ...
View on Facebook (opens in a new tab)

2 months ago

Lestari UKM Bangi
[JEMPUTAN WACANA KELESTARIAN SIRI 2/2026 PUSAT KAJIAN BENCANA ASIA TENGGARA (SEADPRI) - BEYOND THE SENDAI FRAMEWORK FOR DISASTER RISK REDUCTION (SFDRR 2015-2030) TOWARDS SUSTAINABLE DEVELOPMENT]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan,Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) ingin menjemput YBhg. Prof. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan, untuk menyertai Program Wacana Kelestarian Siri 2/2026 secara atas talian untuk memahami apakah yang seterusnya untuk pengurangan risiko bencana selepas Kerangka Sendai untuk Pengurangan Risiko Bencana (SFDRR 2015-2030)? Sertai kami untuk meneroka bagaimana komitmen global dapat diterjemahkan kepada tindakan bermakna dalam memperkukuh daya tahan bencana ke arah masa depan yang lebih mampan seperti butiran berikut: Tarikh: 29 September 2026 (Selasa)Masa: 10.00 pagi - 12.00 t/hari Pautan Pendaftaran Webinar: us06web.zoom.us/webinar/register/WN_M-sY3B5QReCyaBgqQMC4IQ#/registrationUcaptama: PROF. RAJIB SHAW, Professor Graduate School of Media and Governance Keio University, Japan & Chair Asia-Pacific Scientific and Technical Advisory Group (AP-STAG), UNDRRTajuk Ucaptama: Beyond The Sendai Framework for Disaster Risk Reduction (SFDRR 2015-2030) Towards Sustainable DevelopmentSehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan ke Wacana Kelestarian ini dan memanjangkan jemputan ini kepada kakitangan YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan. Bersama-sama ini disertakan pautan pendaftaran untuk pengisian kehadiran, mohon YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan untuk mengisinya.Kehadiran YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan ke Wacana Kelestarian ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Salam hormat,JAWATANKUASA PENGANJURSEADPRI ...
View on Facebook (opens in a new tab)
LOKASI
KALENDAR
HUBUNGI KAMI

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43600 Bangi
Selangor

Tel:- 03-8094 2093
Emel:- lestari@ukm.edu.my