Kertas Penyelidikan Dari Malaysia Meningkat Empat Kali Ganda Antara 2007 Dan 2011

KHAMIS, 13 SEPTEMBER 2012 12:05

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Izwan Azman

BANGI, 13 Sep 2012 – Bilangan kertas penyelidikan yang diterbitkan dari Malaysia meningkat hampir empat kali ganda antara 2007 dan 2011, demikian menurut kajian yang dilakukan oleh pembekal data perniagaan terkemuka dari New York.

Thomson Reuters melaporkan bahawa bilangan kertas penyelidikan berasal dari Malaysia meningkat daripada 2,000 pada tahun 2007 kepada 7,600 pada tahun 2011, iaitu kira-kira 0.6% daripada jumlah yang diterbitkan di dunia.

Data itu dikumpul berdasarkan program Web Science yang menjejaki kertas penyelidikan yang diterbitkan di seluruh dunia dari pelbagai institusi.

Secara keseluruhan, bilangan laporan penyelidikan Malaysia yang diterbitkan meningkat sebanyak tiga kali ganda dalam tempoh yang sama seperti yang ditemui oleh pelbagai kaedah pemantauan lain.

Analisa itu diumumkan oleh Pakar Pemastautin dan Jurucakap Thomson Reuters, David Pendlebury ketika menyampaikan kertas analitikal bertajuk Mengenai  Bibliometrics, Penyelidikan Penilaian Prestasi, dan Sains Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akhir minggu lalu. Bibliometrics adalah kaedah untuk menganalisis hasil karya sains dan teknologi secara kuantitatif.

Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dato’ Dr Rahmah Mohamed hadir di taklimat itu.

Mengulas mengenai lonjakan dalam bilangan kertas penyelidikan yang diterbitkan, Prof Rahmah berkata ia adalah kerana penekanan telah diberikan kepada penyelidikan dan inovasi dalam tempoh tujuh tahun lepas dan peningkatan geran yang diberikan kepada para penyelidik.

Pendlebury berkata Perubatan Klinikal dan Kejuruteraan adalah bidang yang paling banyak dipetik oleh penganalisis di seluruh dunia dari kalangan semua kertas penyelidikan yang diterbitkan oleh UKM di antara 2007 dan 2011. Walau bagaimanapun, kajian beliau tidak menyelidik sebab-sebab peningkatan itu.

Beliau memberitahu dalam tempoh masa itu, sejumlah 468 kertas dalam bidang Perubatan telah diterbitkan oleh UKM dengan 2,691 petikan dan 447 kertas penyelidikan dalam bidang Kejuruteraan dengan 1,656 petikan. Petikan adalah rujukan yang dibuat oleh penyelidik lain dalam kajian mereka.

Bilangan Penyelidikan dari  UKM 2007- 2011

Bidang Kertas Utama Kertas Petikan
Perubatan 3 468 2,961
Kejuruteraan 13 447 1,656
Semua Bidang 27 2,325 13, 288

Bagaimanapun, bilangan kertas penyelidikan yang unggul dari UKM dalam bidang itu didapati rendah berbanding dengan Universiti Malaya (UM).

Bilangan Penyelidikan dari  UM 2007- 2011

Bidang Kertas Utama Kertas Petikan
Perubatan 9 731 7,764
Kejuruteraan 12 542 1,927
Semua Bidang 42 7,596 30,174

Beliau berkata bahawa semua perbandingan telah dibuat dengan teliti dan parameter berutus kepada kategori yang sama. Iaitu, bandingan adalah berdasarkan satu kategori dengan kategori sama bagi institusi lain.

Pendlebury adalah pakar pemastautin dan jurucakap metodologi Thomson Reuters Citation Laureates. Thomson Reuters telah mengumpul maklumat untuk senarai berkemungkinan pemenang Hadiah Nobel dalam bidang perubatan, kimia, fizik, dan ekonomi sejak 1989.

Setiap tahun, Thomson Reuters menggunakan data dari perisian penyelidikan Web Of Knowledge™, untuk menentukan siapa dan berapa orang penyelidik yang paling berpengaruh dalam empat kategori itu.

Thomson Reuters Corporation adalah pembekal maklumat  perniagaan dan telah dibentuk apabila Thomson Corporation membeli Reuters Group pada tahun 2008. Thomson pada asalnya ialah sebuah syarikat penerbit akhbar, manakala Reuters adalah sebuah agensi berita.