[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Pengenalan

 

 

Institut Sel Fuel(SELFUEL) telah diluluskan penubuhannya di Universiti Kebangsaan Malaysia oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada bulan Julai 2006 sebagai sebuah institut penyelidikan yang pertama di Malaysia melakukan penyelidkan sel fuel. Institut ini mula beroperasi secara rasmi stelah Prof. Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud sebagai Pengarah yang telah dilantik oleh Naib Cancelor Universiti Kebangsaan Malaysia, Yg. Bhg. Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Sahabudin pada 1 Januari 2007.

Penubuhan institut ini mencerminkan kekuatan penyelidikan sel fuel dan tenaga hidrogen di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 12 tahun yang telah berjaya menarik dana penyelidikan IRPA besar dari Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi; menerbitkan banyak kertas di dalam jurnal antarabangsa berindeks dan berimpak tinggi, dan di dalam pascasidang dan prasidang persidangan antarabangsa dan kebangsaan; dijemput membentang banyak kertas ucap utama antarabangsa dan kebangsaan dan menghasilkan banyak harta intelek sel fuel dan tenaga hidrogen. Penubuhan Institut Sel Fuel di Universiti Kebangsaan Malaysia juga mencerminkan kekuatan penyelidikan tenaga keterbaharuan iaitu tenaga suria, tenaga hidrogen dan sel fuel di Universiti yang sudah berusia kira-kira 35 tahun.

 

Objektif Penubuhan

 

  • Menjalankan program penyelidikan, pengembangan dan projek demonstrasi (PP&P) untuk menghasilkan teknologi sel fuel pribumi.
  • Menggalakan dan menyokong pembangunan industri sel fuel di Malaysia dengan menyediakan sumber teknologi yang diperolehi daripada program penyelidikan, pengembangan dan projek demonstrasi(PP&P).
  • Merancang strategi pembangunan industri sel fuel negara melalui penyediaan instrument governans, termasuk dasar negara, undang-undang dan pengurusan sumber.
  • Menjadi pusat tumpuan negara bagi memajukan teknologi sel fuel pribumi.
  • Menjadi pusat pengeram teknologi untuk industri sel fuel negara.
  • Menghasilkan sumber manusia yang mahir dalam bidang sel fuel bagi menyokong industri sel fuel negara.
  • Visi

    Menjadi pusat rujukan teknologi sel fuel dan hidrogen,dasar pengurusan tenaga bertaraf dunia.


    Misi

    Meneroka sains,kejuruteraan,pengurusan dan ekonomi bagi membangunkan teknologi sel fuel dan tenaga hidrogen pribumi,dan  dasar dan pengurusan tenaga;serta membina modal insan dalam bidang-bidang tersebut.


    Matlamat Pembelajaran

    Melahirkan graduan berperingkat sarjana dan doktor falsafah yang mempunyai pengetahuan yang luas,berkemahiran tinggi dan  berkaliber dalam bidang kejuruteraan sel fuel dan tenaga hidrogen,serta pengerusan dan dasar tenaga.