Unit Pendaftaran, Peperiksaan dan Pengijazahan
Unit Pendaftaran, Peperiksaan Dan Pengijazahan
Peranan Dan Tanggungjawab
Pendaftaran dan Pengkuliahan Prasiswazah
- Merancang dan menyelaras penawaran kursus setiap semester.
- Merancang dan menyelaras penjadualan kuliah setiap semester.
- Mengemaskini parameter penawaran kursus setiap semester.
- Menguruskan pendaftaran kursus setiap semester.
- Menguruskan rayuan berkaitan:
- Pendaftaran diri;
- Pertukaran pendaftaran kursus;
- Penjadualan kuliah;
- Pemindahan kredit;
- Tangguh pengajian; dan
- Menarik diri dari pengajian.
Peperiksaan, Pengijazahan Prasiswazah dan Tatatertib
- Menguruskan hal ehwal berkaitan:
- Penjadualan peperiksaan;
- Pengurusan kertas soalan peperiksaan akhir;
- Peperiksaan gantian dan ulangan khas;
- Rayuan semak semula keputusan;
- Rayuan meneruskan pengajian,
- Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa; dan
- Pemeriksaan borang OMR.
- Pengurusan tatatertib peperiksaan prasiswazah dan pascasiswazah.
- Penyediaan surat Pengesahan Senat, transkrip dan skrol.
Pendaftaran, Peperiksaan dan Pengijazahan Pascasiswazah
- Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan pengurusan pendaftaran, peperiksaan dan pengijazahan pelajar pascasiswazah.
- Menyelaras, melaksana, memantau dan memberi khidmat nasihat mengenai peraturan/polisi yang berkaitan dengan pengurusan pendaftaran, peperiksaan dan pengijazahan pelajar pascasiswazah.
- Mengurus dan memantau Sistem Maklumat Pelajar (SMP) di platform client server dan web based bagi memastikan urusan pendaftaran dan peperiksaan pelajar berjalan lancar.
- Mengurus dan menyediakan surat Pengesahan Senat, skrol dan transkrip.