Pembukaan Pencalonan Anugerah Emas Kedoktoran & Sarjana UKM 2023
Sukacita dimaklumkan bahawa pencalonan Anugerah Emas Kedoktoran & Sarjana UKM 2023 adalah dibuka mulai 10 Mei hingga 31 Julai 2023. Fakulti/Institut/Pusat dijemput untuk mengemukakan pencalonan seorang pelajar pelajar pascasiswazah bagi setiap kategori yang akan bergraduat pada Majlis Konvokesyen UKM 2023.
Pelajar pascasiswazah boleh mengemukakan borang permohonan melalui Urusetia Siswazah Fakulti/Institut/Pusat masing- masing. Proses saringan di peringkat Fakulti/Institut/Pusat akan diadakan pada 31 Julai hingga 7 Ogos 2023. Fakulti/Institut/Pusat perlu mengemukakan nama calon masing-masing kepada Urusetia Anugerah Emas Kedoktoran & Sarjana bagi tujuan penilaian dan pemilihan pemenang di peringkat universiti.
Urus Setia Anugerah Emas Kedoktoran dan Sarjana Pejabat Pengarah Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) Lingkungan 1, Aras 3, Bangunan Tun Fatimah Hashim Universiti Kebangsaan Malaysia