Pembukaan Pencalonan Anugerah Emas Kedoktoran & Sarjana UKM 2026
PENCALONAN PENERIMA ANUGERAH EMAS KEDOKTORAN DAN ANUGERAH EMAS SARJANA 2026
Sukacita dimaklumkan bahawa pencalonan Anugerah Emas Kedoktoran & Sarjana UKM 2026 adalah dibuka mulai 30 Jun hingga 4 Ogos 2026. Fakulti/Institut/Pusat dijemput untuk mengemukakan pencalonan dua (2) orang pelajar pascasiswazah bagi setiap kategori yang akan bergraduat pada Majlis Konvokesyen UKM 2026.
Pelajar pascasiswazah boleh mengemukakan borang permohonan melalui Urusetia Siswazah Fakulti/Institut/Pusat masing-masing. Proses saringan di peringkat Fakulti/Institut/Pusat akan diadakan pada 5 Ogos hingga 12 Ogos 2026. Fakulti/Institut/Pusat perlu mengemukakan nama calon masing-masing kepada Urusetia Anugerah Emas Kedoktoran & Sarjana bagi tujuan penilaian dan pemilihan pemenang di peringkat universiti.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi: awardsandscholarship@ukm.edu.my
Urus Setia Anugerah Emas Kedoktoran dan Sarjana Pejabat Pengarah Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) Lingkungan 1, Aras 3, Bangunan Tun Fatimah Hashim Universiti Kebangsaan Malaysia